Assalamualaikum wbt.

Kuasa Allah

Cantik tak salji ni?

Nampak tak bentuk dia?
Kalau tak,tengok betul2.ada satu yang sangat jelas bentuknya.

Dolu2,saya macam rasa pelik kenapa kalau salji je,nak lukis camtu.

Ok sekarang baru faham kenapa..

Em,siapa pernah bungee jumping?paragliding?atau apa2 yang berkenaan dengan tempat tinggi?

Apa perasaan anda?takut?gementar?

Kenapa takut?
Kalau saya,saya takut jatuh.nanti tak 'rupa' saya dah.dan jika ditakdirkan Allah,meninggal.
Ok taknak meninggal cara tu.

Pernah terfikir tak anda,salji yang berbentuk cantik ini,bila dipicit oleh anda akan hancur.definitely lah kan,kata anda.

Pernah terfikir tak anda,salji yang sebegitu fragile ini,Allah turunkan dari langit yang ...(taktahu nak letak figure.let's say juta2 km) dari langit ini boleh jatuh dengan bentuk sebegitu cantik itu?

Dan pernah terfikir tak anda,salji ini telah mengharungi dugaan2 angin yang kuat yang meniupnya,tapi masih mempunyai bentuk sebegitu?

Kuasa siapakah itu?

Kalau kita lompat dari tingkat satu bangunan sekolah(hah teringat zaman sekolah,semua kecik2 je),pun tak selamat.patah kaki lah,etc etc
Amaran: bukan untuk di'experiment'

Satu lagi saya perasan,manusia ni tak ada lah kreatif sangat pun.kalau kita lukis ke,design ke,cipta ke(eh design=cipta eh?),mesti berdasarkan ciptaan Allah jugak.fikiran tetap terbatas.

Haritu masa cuti winter,pergi sea life centre dengan adik2,dan 'Haruniii'(Harun saya-boleh tengok kisah Harun Musa),lepastu,subhanAllah jumpa ikan pari yang ada macam2 corak kat badan diaaa.ada polka dot,ada yang bentuk bunga,cantikkk..lepas tu sy realize yg manusia mesti amik corak2 ni sume dari ciptaan Allah jugakkk..

Benda2 ni buat saya jatuh cinta lagi dan lagi.sampai tersengih2 bila jejalan sorang2.semua orang pelik bila tengok.

Tengokla tengoklaaa..saya jatuh cinta dengan Allahhhhhh.awak yang tengok tu,tak jeles ke dengan saya?

Cinta menuntut setia dan pengorbanan.tapi setiakah aku,Ya Allah?sanggupkah aku mengorbankan seglanya,bila aku yang imannya senipis kulit bawang ini sungguh mudah melatah bila diuji.


1 comment:

blip2 said...

jzkk for the beautiful picture with such a deep meaning:)