Assalamualaikum wbt.

'jumpa saya 50 kali sehari.'

pernah tak terfikir..
kenapa Allah perintahkan kita untuk solat 50 waktu..
takkan Allah tatahu kita tamampu, kan?
takkan Allah tatahu Rasulullah s.a.w. akan
mintak dikurangkan waktu bersolat tu sampai 5 waktu?
Allah tahu semua tu, Dia Maha Mengetahui..
tapi kenapa?

kalau kita diperintahkan untuk solat 50 waktu,
dalam anggarannya, kita kena solat dalam setiap setengah jam..
anggaran je eh..
tu maknanya, hidup kita hanya untuk beribadat untukNya..


mari beranalogi :
andai kata, vice chancellor(vc) cakap ngan kita,
'awak kena jumpa saya 50 kali sehari, tanpa gagal.'
apa reaksi kita?
'apa tade keje lain ke aku nak buat selain jumpa dia?'
reaksi standard.
tapi cuba kita fikir, sapa lagi busy, dia ke kita?
kita fikir kita banyak kerja nabuat selain jumpa dia,
dah tu dia tade kerja plak?malah lagi banyak kerja dia nabanding ngan kita.
terfikir tak kita kenapa dia najumpa kita?
andaikan, kita kata kita banyak kerja..assignmentlah, presentationlahh,..blabla
kita bagi alasan kerja untuk taberjumpa dengan dia 50 kali sehari..
lupakah kita, encik vc tu ada kuasa nacakap ngan lecturer,
'bagi budak ni A+ sebab dia selalu jumpa saya, dan komited'
dia boleh cakap macam tu, walaupun dia tahu kita tabuat kerja2 tu.
syaratnya, jumpa dia 50 kali tanpa gagal, dalam sehari.
kita lupa hakikat tu..
dan kenapa sebenarnya encik vc nasangat jumpa kita?
kita orang penting ke, sampai 50 kali kena jumpa dalam sehari?
kalau, kita cintakan seseorang, kita najumpa org yg kita cinta tu,
setiap saat kan?
why don't we realize the fact that He loves us?
50 kali sebenarnya, Dia nak kita jumpa Dia..
tapi kita jahil, kita rasa dunia lebih penting,
kita lupa Dia berkuasa..
dan kita, minta dikurangkan perjumpaan dengan Dia..

cinta Allah s.w.t. kepada hambaNya, taterbanding dengan cinta manusia.
sedangkan sayang seorang mak kepada anakNya pun tadapat natandingi
cinta Allah kepada hambaNya..
Allah kurangkan perjumpaan kita dengan Dia sehingga 5 waktu..
itu yang wajib..tapi,sentiasa ada solat sunat yg lebih dari 50..
Dia berikan masa Dia 24/7 kepada hambaNya..
kita boleh jumpa Dia bila2 masa selain dari 5 waktu yg wajib tu..
pernah tak lecturer kita cakap,
'awak boleh datang jumpa saya bila2 masa awak nak. saya boleh jawab soklan awak 24/7'?
pernah tak mak kita duduk menatap kita 24/7 tanpa gagal?
mak ada banyak kerja lagi. masak, basuh baju, ......

siapa yang boleh tandingi Dia?
tak ada kan?
solat 5 waktu tu ibarat perjumpaan dengan cik kon.
kalau kita tapergi perjumpaan tu, hidup kita tatentu arah..
tujuan hidup kita takkan tercapai kerana tak ada nya
makanan untuk roh kita..

note: jangan plak pasni solat tapi langsung tabuat kerja eh..
usaha datang seiring dengan doa, baru tawakkal.. :)